BALING SELIPAR

Baling selipar Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Permainan baling selipar atau susun selipar merupakan sejenis permainan tradisional kanak-kanak Malaysia. Ia sama seperti permainan baling tin cuma ditukar kepada selipar. Tiga selipar diperlukan untuk permainan ini selipar disusun menegak dan dibaling untuk menjatuhkan.[1] Ia sering dilihat menjadi aktiviti menghiburkan ketika berkumpul bersama rakan dan taulan. Permainan ini amat mudah kerana alatan yang diperlukan hanyalah selipar yang selalunya dipakai oleh masyarakat di Malaysia. Permainan tradisional ini juga boleh dilakukan di pelbagai majlis sukan rakyat. Isi kandungan [sorokkan] 1 Cara permainan 2 Susun selipar di zaman moden 3 Susun selipar di universiti 4 Rujukan 5 Pautan luar Cara permainan[sunting | sunting sumber] Permainan ini boleh dimainkan oleh sesiapa sama ada kanak-kanak lelaki atau perempuan. Permainan ini memerlukan selipar yang tidak terlalu keras atau tebal kerana hal ini boleh menyebabkan pemain boleh tercedera terkena balingan yang dibuat pihak lawan dam sebaliknya. Selipar yang dikumpulkan haruslah dibentuk tegak menjadi tiga segi dan satu selipar lagi digunakan untuk membuat balingan. Pemain pertama daripada kumpulan utama memulakan permainan dengan cara membaling selipar kearah selipar yang telah disusun. Setiap pemain boleh membuat lontaran sebanyak tiga kali untuk menjatuh selipar yang telah disusun. Jika lontaran yang dilakukan tidak terkena pada sasaran, giliran pihak lawan pula mengambil alih untuk melakukan lontaran seterusnya. Jika selipar berjaya dijatuhkan, maka pemain kumpulan utama berusaha mematikan lawannya dengan membuat balingan selipar dan disasarkan pada pihak lawan. Kemenangan dikira berdasarkan jika pihak lawan dapat menyusun semula selipar-selipar tersebut menjadi tiga segi dan melangkah susunan tersebut. Susun selipar di zaman moden[sunting | sunting sumber] Permainan susun selipar masih diingati dan dimainkan sehingga sekarang. Permainan ini masih mempunyai peminat tersendiri dikalangan kanak-kanak dan belia terutamanya di kampung dan desa. Di kawasan bandar, apabila ada majlis luar yang melibatkan permainan tradisional, pertandingan susun selipar dijadikan satu acara yang paling diminati. Susun selipar di universiti[sunting | sunting sumber] Permainan susun selipar telah diadakan oleh beberapa institusi-institusi pengajian tinggi tempatan. Permainan ini disambut baik kerana ia dapat mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak. Permainan ini juga diadakan bagi mempertontonkan budaya Malaysia kepada pelajar-pelajar asing.[2]

SOURCE

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...